MY RELATIONSHIPS

Selamat tahun baru cina bagi yg cina, sy nak ucapkan terima kasih kerana membaca page sy. Sy ada lah org baru yg yg ingin menceburu tentng blogger ini .

Apa yg sy nak sampaikan ialah tentang dri sy sendiri, pda tengah bulan januari warga baru sekolah menengah vokasionl masuk(tingkatan4)dan sekolah mengadakan orentasi bgi pljar baru.So sya sebagai ahli pembimbing rakan sebaya(PRS).turut membantu menjayakan orentasi.Orentasi ni berjalan selam satu minggu.Saya semapat mengambil kesempatan utk bekenalan dgn budak junior.selepas tamat orentasi sy berkenan dgn seorg gadis  dri kerusus katering bernama farhana(bkn nma sebena) sy pun cuba utk mencuri hati nya akhirnya sy dpt jugak mencuri hati nya... hubungan kami amat baik sekali.

  selepas 2 minggu sy  hampir kenal dgn semua pelajar dri kerusus katering junior, ramai pelajar junior add sy kat facebook ...tpi kebykan mereka tidak kenal. Ada yg menarikkan sy salah seorg wanita yg add sy kat fb,saya terperanjat melihat dia ada blogger . So sy ingin sgt nak tgk muka dia...sampai  lah sy berjumap dgn gadis ni bernama Azreen(bkn nma sebena) dkt libry...kali pertama lah  sy tgk muka nya...tpi selpas duak hri sy mcm berkenan dgn nya tpi sy sudah berpunya dan Azreen ini sama kelas dgn farhana..

Sy tidak tahu nak buat apa, patut kah? aku  mencuba mengambil hati Azreen? sedangkan sy sudah berpunya.Sy terlalu mengikutkan perasan  utk memikat Azreen. dan patut kah aku main kayu tiga...

Akhir nya Azreen menolak.  kerana tidak mahu melukakan hti farhana dan dri nya sendiri dan takut di benci oleh kwn nya sendiri...

Sekarang mcm nak single.....:(:(:(:(:(: tgk lah apa akhir nya
akan bersambung


Aku Dan Kekasihku

Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!
Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?
DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat &contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.
Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje.  Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.
Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~
So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.
Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam...  pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?
Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!
DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.
Malu la sebenarnya nak cakap ni...
Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.
Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!
Ish! Rindu sangat dah ni!

Peguam Australia bakar al-Quran, Injil


SYDNEY 13 Sept. - Seorang peguam Australia mengoyakkan naskah kitab al-Quran dan Injil sebelum membakarnya menerusi satu video yang disiarkan di laman web perkongsian video, YouTube.
Tindakan itu dibuat sehari selepas seorang paderi di Florida mengugut untuk membakar kitab suci Islam itu di Amerika Syarikat (AS) mencetuskan protes berdarah dan kutukan antarabangsa.
Dalam klip video selama 12 minit itu bertajuk "Bible or Koran - which burns best?" (Injil atau al-Quran, Mana Satu Terbakar Lebih Baik), Alex Stewart yang juga seorang ateis, memegang naskah al-Quran dan Injil sebelum mengoyak dan membakarnya.
Pada satu ketika, peguam itu dilihat membakar naskah Injil yang direnyuk, bersandar di kerusi dan menarik nafas dalam-dalam sambil menyebut perkataan 'suci'.
Video yang telah dipadam itu, disiarkan di YouTube pada hujung minggu lalu, kebetulan jatuh pada tarikh sama dengan ulang tahun serangan 11 September 2011 serta ancaman membakar 200 naskhah al-Quran oleh paderi AS, Terry Jones.
Majikan Stewart, Universiti Teknologi Queensland berkata, peguam penyelidik itu bercuti hari ini.
"Universiti berasa sangat-sangat kesal dan kecewa dengan insiden itu," kata Naib Canselor Peter Coaldrake kepada pemberita.
Presiden Pertubuhan Islam Australia, Sheik Muhammad Wahid berkata, tindakan Stewart yang menyifatkan al-Quran dan Injil 'hanya sebuah buku biasa' dalam video tersebut, telah mengguris perasaan umat Islam.
Semalam, ketika AS mengadakan sambutan masjlis memperingati hampir 3,000 mangsa yang maut dalam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC), sekurang-kurangnya tiga insiden mengoyak dan membakar al-Quran dilapor berlaku di AS.
Dalam satu kejadian, seorang lelaki yang membantah rancangan pembinaan masjid berhampiran Ground Zero, mengoyakkan al-Quran sebelum membakarnya.
Dalam satu insiden lain, seorang lagi lelaki mengoyak dan menghina kitab suci Islam itu.
Di Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan Danny Allen menggunakan minyak pemetik api dan membakar sekurang-kurangnya dua naskah al-Quran di halaman rumahnya. Old menyifatkan Islam sebagai 'agama palsu'. - AFP/Reuters

Menjunjung kasih ibunda tercinta

Kasih ibu sepanjang jalan
Tiada batas tiada sempadan
Kasih anak hanya sepanjang penggelan
Ibarat galah, penjolok buah di hujung dahan
SEORANG wanita berhati mulia yang kasih sayangnya kepada saya tiada berbatas, telah berpulang ke rahmatullah pada waktu Imsak, subuh Selasa 14 Ramadan (26 Ogos) yang lalu. Allah SWT telah memindahkan roh ibunda saya, Hajah Zubaidah Muhammad Syarif pada usia 90 tahun dari dunia yang fana ke alam barzakh. Innalillah waina ilaihi raji'un. Semoga diampunkan Allah segala dosanya dan diterima Allah semua ibadatnya.
"Minta ampun Ummi, minta ampun, minta ampun..." Saya teresak-esak menangis seperti anak kecil apabila pertama kali menyelak kain yang menutup wajah ibu saya yang sudah tidak bernyawa. Jasadnya terbujur di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Saat yang paling saya takuti selama ini, akhirnya terpaksa saya hadapi. Walaupun saya telah duga bahawa saatnya semakin dekat, namun saya masih belum bersedia melepaskan pemergian wanita berhati mulia yang paling saya cintai itu.
Masih terlalu banyak hutang saya kepadanya yang belum berbayar, walaupun arwah tidak pernah mengharapkan pembayaran kembali. Kerana itulah kata-kata spontan yang terucap dari bibir saya antara sedu sedan:"minta ampun Ummi, minta ampun..."
Airmata yang meratap kewafatan ibunda saya itu mungkin sudah berkurangan membasahi pipi setelah tiga minggu berlalu, tetapi rasa sedih dan sayu masih bertakung di lubuk hati dan menyesakkan dada dari semasa ke semasa. Pada pagi 1 Syawal lalu, rasa sedih semakin menghiris kembali apabila saya menyedari bahawa untuk pertama kalinya, saya menyambut Aidilfitri tanpa mencium tangan dan mengucup pipi ibunda yang saya cinta.
Realiti kematian ibu semakin kuat terasa apabila suara takbir bersahutan dari menara masjid, corong radio dan layar televisyen. Sambil memandu kereta dari Bangsar ke Tanah Perkuburan Jalan Ampang, tempat jasad ibunda saya bersemadi, sedikit demi sedikit mata saya mulai basah.
Setelah berdoa dan membaca surah Yassin di hadapan pusara, saya menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Asysakirin di KLCC. Kemudian, saya menuju ke Taman Keramat dengan rasa sedih dan sayu yang semakin mendalam.
Setibanya di rumah yang didiami oleh ibunda saya semasa hayatnya, saya dapati Ancu (emak saudara) saya, Hajah Jawanis Syarif, sedang bermenung di hujung serambi dengan wajah muram. Setelah bersalaman, kami berdakapan dalam sedu sedan. Tangisan saya berlanjutan di hujung katil dalam bilik tidur arwah ibu saya semasa hidupnya.
Tangisan saya semakin tidak tertahan-tahan mengenangkan segala jasa dan kasih sayangnya selama lebih 65 tahun arwah membelai dan memanjakan saya. Seiring dengan rasa sedih itu, saya juga merasa tersiksa oleh penyesalan dan bersalah apabila mengingatkan dosa dan kelalaian saya kepadanya.
Saya pasti bahawa semua dosa dan kelalaian saya itu telah diampunkannya tetapi saya juga pasti bahawa masih banyak dosa dan kelalaian itu yang tidak saya sedari. Selain sedih dan sayu, rasa bersalah dan berdosa itulah yang menjadi beban emosi yang saya pikul.
"Minta ampun Ummi, minta ampun, minta ampun...". Saya minta ampun kerana tiba-tiba saya semakin sedar (dan semakin menyesal) bahawa sebagai seorang anak, saya tidak melakukan secukupnya apa yang patut saya lakukan semasa arwah masih hidup, terutama semasa beliau sakit menjelang meninggal.
Saya minta ampun kerana sejak kecil sehingga remaja, dewasa dan usia tua, tentu banyak kesalahan dan keterlanjuran (serta kecuaian dan kedegilan) saya yang mengecewakan harapan dan melukakan hati ibu. Sama ada saya lakukan secara sengaja atau tidak sengaja, secara sedar atau tidak sedar, namun kesalahan tetap kesalahan yang minta diampunkan.
Saya rujuk Ayat 23 Surah Al-Israa, antara lain mengingatkan seseorang anak supaya "... janganlah engkau berkata kepada mereka (ibu bapa kamu) sebarang perkataan kasar, walaupun perkataan seperti 'Cis atau Hah' dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka...").
Lafaz 'minta ampun' di celah-celah sedu sedan saya berulang kembali apabila saya mengucup pipi dan dahi ibunda saya untuk kali terakhir sebelum seluruh jasadnya yang sudah dikapan diikat dan disolatkan. Setelah itu, dalam kesedihan (kerana meninggalnya ibu saya itu) dan dalam penyesalan (kerana kelalaian berbakti dan membalas jasanya), yang dapat saya buat kini hanyalah berdoa dan bermunajat.
Tetapi lebih daripada itu, saya juga patut bertanya (dan memberi tafsiran atau memetik kutipan kata-kata orang bijaksana) tentang 'misteri serta realiti suatu kematian' dan tentang 'keistimewaan hakikat seorang ibu'.
Seorang pengarang Perancis, Madame de Stael (1766 - 1817) antara lain pernah menulis: "We understand death for the first time when he puts his hand upon one whom we love."
Tentu ibu atau ayah adalah seseorang yang sangat kita kasihi. Kematian salah seorang daripada ibu bapa kita akan memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada kita tentang hakikat kematian.
Di saat-saat kematian orang yang kita cintai itu, kita akan berduka lara kerana kehilangan seseorang yang mustahil untuk diganti. Kita akan menyesal kerana mengecewakan harapan dan melukakan hatinya. Kita kesal dan menyesal kerana tidak melakukan secukupnya apa yang patut kita lakukan semasa hidupnya, terutama semasa Allahyarham/Allayarhamah sakit menjelang meninggal.
Itulah yang saya alami apabila ayahanda saya, Allahyarham Haji Abdullah Jaafar, 84 tahun meninggal dunia kira-kira lapan tahun lalu. Pengalaman duka yang sama berulang tiga minggu yang lalu apabila giliran ibunda saya, Allahyarhamah Hajah Zubaidah Syarif menyahut seruan Ilahi untuk berhijrah ke alam barzakh.
Saya berdoa kepada Allah agar arwah kedua ibu bapa saya diberi kesejahteraan di alam barzakh dan dimasukkan ke dalam syurga di akhirat nanti. Akhirulkalam, saya merakamkan junjungan kasih kepada keduanya dengan mengutip kata-kata Abraham Lincoln (1809-65): "All that I am, or hope to be, I owe to my angel mother."
SENATOR DATUK DR. FIRDAUS HAJI ABDULLAH adalah Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

"HATI BERULAM JANTUNG"


Hidup ku ini penuh dengan dugaan.Aku merasakan aku ini tiada hala tuju dimana aku ingin pergi.Malah aku merasakan sesuatu tentang kesitimewa akan tetapi belum ku jumpa tentang kestimewan ku.
Aku ingin mencari girlfriends atau teman hidup ku,tetapi aku belom jumpa.Malah aku pernah mencuba 21kali tetapi mereka menolak
Pada satu hari aku ternampak seorang gadis yg cantik dan lembut.Nama gadis itu adalah rina,rina ini menyebabkan aku dilamun cinta yg tidak di balas oleh nya.Aku ingin berkenalan dgnnya  tetapi aku amat takut untuk berkenalan dgn nya malah aku takut utk bertegur dgn nya.rina ialah gadis paling ku suka ibarat bulan penuh  dan tenang memandangnya,senyuman nya itu senyumsemetri membuat ku lebih trepikat pada nya.tetapi malang nya rina ini tua setahun dari aku dan aku hanya lah cinta tidak dibalas oleh rina.walaubagaimana pun rina tidak tahu yg aku amat suka pada nya.utk maklumat anda rina ini sudah berpunya.
Cerita ini hanya lah cinta monyet yg mana berlaku dekat sekolah.insyallah cerita ini akn bersambong dan siapa kah'Aku' itu dan mcm mna akhir crita ini yg baik dtg dari allah yg buruk dari kebodohan saya sendiri..
kita berasambong utk bab yg seterus nya malah hti ku ini semakin suka utk melupakan rina.aku cuba utk melupakan nya dari fikiran ku tetapi susah utk melupakan rina apa yg membuat terlalu gila kan rina . setakat ini lah sambungan insyallah akan berasambung
hari ni malam raya aduh aku bru je on9 my fb top tgk pic muka rina wow terkejut ku tengok cantik sungguh rina.saban hri ku cuba ingin berhubung dgn rina melalui mcg mula2 tu mahu lah dia mcg  aku tetapi tu pun hanya lah mind intro je aku ingin lebih dkt dgn rina tetapi rina jual mahal,dia tidak mahu reply aku pun mcg...apa lah nasib ku ini....cinta tak terbalas aku harap dpt lupa kan dia tetapi rina ni seolah suara hti ku.
insyallah akan bersambung.